Universal Studios

Universal Studios, anak syarikat NBC Universal, ialah salah satu daripada enam buah studio filem utama di Amerika Syarikat. Bahagian penerbitan/pengedaran wayang gambar utamanya dipanggil Universal Pictures.Universal Studios yang diasaskan pada tahun 1912 oleh Carl Laemmle ialah salah sebuah studio perfileman tertua yang masih beroperasi di Amerika Syarikat. Pada tahun 2004, pegangan mengawal syarikat ini dijual oleh Vivendi Universal kepada General Electric, syarikat induk rangkaian TV NBC, sehingga lahirnya super-konglomerat media yang digelar NBC Universal, manakala Universal Studios Inc. kekal sebagai nama anak syarikat penerbitannya. Selain memiliki pustaka filem yang besarnya terbentang dari hasil zaman awal perfileman hingga ke karya masa kini, ia juga memiliki sehimpunan besar rancangan TV melalui anak syarikatnya, NBC Universal Television Distribution. Universal Studios juga memperoleh hak milik sebilangan karya pembikin filem tersohor yang pernah diterbitkan oleh studio lain, melalui anak-anak syarikatnya dari masa ke semasa. Syarikat ini juga memiliki lesen taman tema untuk watak kartun Scooby-Doo dan Shaggy yang muncul di Universal Studios Hollywood dan Universal Studios Florida.Studio penerbitannya terletak di alamat 100 Universal City Plaza Drive di Universal City, California. Pejabat pengedaran dan korporat lain pula bertapak di Bandaraya New York. Universal Pictures ialah studio Hollywood kedua tertua, mengekori Paramount Pictures milik Viacom dengan beza sebulan sahaja.

Universal Studios

Industri Filem
Pendapatan operasi ▲ US$27 juta (2011)
Bilangan kawasan 3
Nama dahulu Universal Film Manufacturing Company
Laman web rasmi universalpictures.com
Anak syarikat
Induk NBCUniversal
Tokoh penting
Ibu pejabat 10 Universal City Plaza[1], Bandar Universal, California, Amerikat Syarikat
Pengasas
Keluaran Filem
Ditubuhkan 30 April 1912; 108 tahun yang lalu (1912-04-30)
Hasil ▲ US$4.239 bilion (2011)
Tempat diberi khidmat Antarabangsa
Pembahagian
Jenis Anak syarikat